Spesies dan klasifikasi Walnut

Ahli yang terkenal dalam keluarga ini adalah walnut Persian (J. regia, bermaksud "walnut diraja"), berasal dari Balkans di tenggara Eropah, barat daya & tengah Asia hingga ke Himalaya dan barat daya China. Spesies ini ditanam secara meluas untuk mendapatkan kacangnya yang enak. Menurut UN Food and Agriculture Organization (FAO), kebun Shahmirzad di Iran adalah yang terbesar di dunia (700-750 hektar). Di Kyrgyzstan sahaja terdapat 230,700 hektar hutan buah-walnut, didominasi oleh J. regia yang pokoknya tinggi dan membentuk kanopi (Hemery dan Popov 1998). Di negara yang penduduknya tidak bertutur dalam bahasa Inggeris, J. regia sering dipanggil sebagai "walnut English"; di Great Britain, "walnut biasa".

Walnut Hitam (J. nigra) adalah spesies biasa di tempat asalnya di timur Amerika Utara, malah juga ditanam secara meluas di lain-lain tempat. Kacangnya boleh dimakan, tetapi isirongnya lebih kecil dan mempunyai kulit yang sangat keras, dan tidak ditanam secara menyeluruh bagi pengeluaran kacang. Kayunya terutama sekali amat bernilai.

Pokok Butternut (J. cinerea) juga berasal dari timur Amerika Utara, di mana ia sekarang ini merupakan spesies yang terancam oleh penyakit butternut, disebabkan oleh kulat Sirococcus clavigignenti. Panjang daunnya 40–60 cm, buahnya berbentuk bujur, kulitnya mempunyai rabung yang tinggi dan isirongnya sangat tinggi lemak.

Walnut Hitam Hinds (J. hindsii) berasal dari utara California, di mana ia digunakan secara meluas secara komersil untuk pembiakan pokok J. regia. Kulit walnut hitam Hinds tidak mempunyai alur yang dalam seperti ciri kacang walnut hitam (J. nigra).

Walnut Jepun (J. ailantifolia) serupa seperti walnut Butternut, dibezakan oleh daun yang lebih besar sepanjang 90 cm dan kacangnya bulat (bukan bujur). Kepelbagaian cordiformis, seringnya dipanggil hatikacang mempunyai kacang berbentuk hati; nama biasa keperlbagaian ini menjadi sumber kepada nama keratan Cardiocaryon.